Jawatan: Online Sales & Marketing Executive
Lokasi: SS15, Subang Jaya, Selangor
Jenis Jawatan: Sepenuh Masa
Gaji: Gaji Pokok + Komisen + Insentif Menarik
Tentang Jawatan Ini:
Adakah anda aktif di media sosial dan suka berinteraksi dengan orang ramai? Adakah anda berminat dalam pemasaran digital dan ingin menjana pendapatan melalui jualan? Ini peluang untuk anda bina kerjaya dalam bidang yang sedang berkembang pesat bersama kami!
Tanggungjawab:
- Melaksanakan strategi pemasaran digital di media sosial, e-mel & platform iklan.
- Menjana prospek pelanggan melalui saluran digital dan follow-up untuk jualan.
- Berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan melalui WhatsApp, panggilan atau mesej.
- Membina kandungan pemasaran seperti poster, ayat promosi & kempen online.
- Menyediakan laporan jualan dan prestasi kempen secara berkala.
- Mencapai sasaran jualan individu & pasukan setiap bulan.
Kriteria Calon:
- Sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan (Pemasaran, Perniagaan, Komunikasi).
- Mempunyai minat dalam media sosial, jualan dan pemasaran digital.
- Kemahiran komunikasi yang baik dan yakin berurusan dengan pelanggan.
- Berdisiplin, proaktif dan mampu bekerja secara bebas serta dalam kumpulan.
- Pengalaman dalam bidang jualan/pemasaran digital adalah satu kelebihan.
Apa Yang Anda Akan Nikmati:
- Pendapatan asas yang stabil + komisen + bonus prestasi
- Peluang untuk belajar kemahiran digital & jualan
- Latihan penuh disediakan untuk staff baru
- Persekitaran kerja yang mesra & menyokong
- Peluang kenaikan pangkat & perkembangan kerjaya
- Waktu kerja pejabat (Isnin hingga Jumaat)
Contact Person: Ms Fira
Phone/ Whatsapp: 0132371097
Email: [email protected]
Job Type: Full-time
Pay: RM2,200.00 - RM6,000.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- How long is your notice period to start work?
Work Location: In person
Laporkan kerja