Ringkasan Tugas
Kami sedang mencari individu yang bertanggungjawab dan rajin untuk menyertai pasukan pengeluaran kami sebagai Pemandu Forklift. Calon mestilah mempunyai lesen forklift yang sah, berpengalaman memandu forklift 10 tan, serta bersedia membantu dalam kerja-kerja pengeluaran harian di kilang.
Tanggungjawab Utama
- Memuat dan memunggah barang dari lori/kontena serta meletakkan bahan di lokasi yang ditetapkan.
- Melaksanakan pemeriksaan keselamatan harian serta penyelenggaraan asas forklift.
- Membantu kerja-kerja pengeluaran seperti mengendalikan mesin, membungkus, memasang, membekalkan bahan, dan membuat pemeriksaan kualiti.
- Memastikan pengendalian dan penyimpanan bahan mengikut piawaian keselamatan dan 5S.
- Mematuhi SOP, peraturan keselamatan dan arahan kerja pada setiap masa.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh Penyelia Pengeluaran.
Kelayakan
- Minimum SPM atau setaraf.
- Mempunyai lesen forklift yang sah dan sekurangnya 3 tahun pengalaman membawa forklift 10 tan (WAJIB).
- Boleh bekerja lebih masa apabila diperlukan.
- Sihat tubuh badan, berdisiplin serta peka terhadap keselamatan.
- Mempunyai semangat bekerjasama dan sikap kerja yang positif.
Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 12 months
Pay: RM3,000.00 per month
Work Location: In person
Laporkan kerja