Tanggungjawab juruteknik pembaikan mesin basuh/peti sejuk domestik termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menjalankan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan ke atas pelbagai jenis mesin basuh (automatik, separa automatik, front-load, top-load) dan peti sejuk termasuk model inverter dan bukan inverter.
- Melakukan diagnosis masalah dan mengenal pasti kerosakan komponen elektrik/elektronik, mekanikal, atau gangguan di sistem air.
- Menyediakan penyelesaian teknikal dan membaiki kerosakan mesin basuh/peti sejuk di lokasi pelanggan atau di bengkel syarikat.
- Menguji fungsi mesin basuh/peti sejuk selepas pembaikan bagi memastikan prestasi berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Memberi laporan kerja pembaikan secara bertulis dan mengemas kini rekod dalam sistem pangkalan data syarikat.
- Menasihati pelanggan tentang penjagaan dan penggunaan mesin basuh/peti sejuk yang betul bagi mengelakkan kerosakan berulang.
- Memastikan semua kerja dilakukan mengikut piawaian keselamatan dan prosedur kerja syarikat.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti lain yang ditugaskan oleh pihak pengurusan.
Syarat Kelayakan:
- Diploma/Sijil Kemahiran Malaysia dalam Teknologi Penyelenggaraan Mesin Basuh, Mekatronik atau bidang Penyejukan dan Penyaman Udara, Teknologi Penyelenggaraan Peti Sejuk atau bidang berkaitan.bidang berkaitan.
- WAJIB mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2-3 tahun dalam membaiki mesin basuh/peti sejuk atau perkakasan elektrik domestik yang lain.
- Pengetahuan yang kukuh dalam sistem operasi mesin basuh/peti sejuk, termasuk kawalan elektronik dan aliran air.
- Berpengetahuan dalam menggunakan alatan diagnostik dan pembaikan dengan berkesan.
- Berkebolehan untuk bekerja secara berdikari dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
- Mempunyai lesen memandu/motosikal yang sah (jika perlu ke lokasi pelanggan).
- Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat/mengalihkan perkakasan elektrik domestik.
- Bersikap positif, berdisiplin dan komited terhadap kerja.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Adakah anda berkediaman sekitar Petaling Jaya?
- Andakah anda masih bekerja? Sekiranya ya, nyatakan notice period anda
- Berapakah gaji yang anda kehendaki (Expected salary):
- Adakah anda mempunyai pengalaman melaksanakan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan ke atas pelbagai jenis mesin basuh (automatik, separa automatik, front-load, top-load).
Work Location: In person
Laporkan kerja