Deskripsi Kerja
- Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am (PRA) sebelum mereka menjalankan kerja harian mengikut jadual dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi.
- Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pengurusan operasi.
- Memastikan semua pekerja bekerja mengikut prosedur dan piawaian kerja (KPI) yang dikehendaki oleh pihak syarikat.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan dalam kerja-kerja operasi yang dijalankan seharian.
- Melaksanakan kerja-kerja pengawasan dan penyeliaan harian ke atas jadual-jadual kebersihan am dan kutipan sisa pepejal.
- Menyediakan laporan harian kerja-kerja kebersihan awam dan kutipan sisa pepejal kepada pihak operasi setiap hari setelah kerja-kerja diselesaikan.
- Menilai tahap prestasi kerja bagi pekerja-pekerja di bawah seliaan
- Menyediakan laporan kedatangan pekerja dan merekod segala cuti yang berkaitan bagi semua pekerja di bawah seliaan.
- Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Pentadbir Cawangan / Eksekutif Operasi.
- Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.
Calon yang memohon jawatan ini, perlu ada kriteria seperti dibawah:
- Minimum Diploma dalam bidang yang berkaitan.
- Fasih dalam Bahasa Melayu dengan pemahaman yang munasabah dalam Bahasa Inggeris.
- Mempunyai lesen memandu B2 dan mempunyai motosikal sendiri.
- Mempunyai pengalaman selama 1 tahun atau lebih.
- Keutamaan kepada calon Lelaki yang tinggal di kawasan Kota Tinggi atau berhampiran diutamakan / digalakkan untuk permohonan ini.
Job Type: Contract
Pay: From RM2,200.00 per month
Application Question(s):
- Adakah anda mempunyai lesen memandu B2 dan mempunyai motosikal sendiri?
- Adakah anda boleh berulang-alik atau berpindah ke Kota Tinggi untuk jawatan ini? (Sekiranya tidak menetap di Kota Tinggi)
Work Location: In person
Laporkan kerja