Tujuan Jawatan:
Bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan keselamatan & kesihatan pekerjaan di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat untuk semua pekerja.
Tanggungjawab Utama:
- Pemantauan & Pematuhan Undang-Undang
- Memastikan semua operasi mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) dan peraturan berkaitan.
- Menyediakan dan mengemas kini polisi keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
- Pemeriksaan & Audit
- Menjalankan pemeriksaan berkala terhadap peralatan, kawasan kerja, dan mesin bagi mengenalpasti risiko bahaya.
- Membuat audit keselamatan dalaman dan menyediakan laporan berkaitan.
- Latihan & Kesedaran
- Menganjurkan latihan keselamatan (fire drill, penggunaan PPE, first aid, dll) kepada staf secara berkala.
- Memberi taklimat keselamatan kepada pekerja baru dan semasa.
- Pengurusan Risiko & Pelaporan
- Mengenalpasti potensi risiko di tempat kerja dan mencadangkan langkah pencegahan.
- Menyiasat dan menyediakan laporan berkaitan sebarang insiden, kemalangan atau kejadian hampir berlaku (near-miss).
- PPE & Alat Keselamatan
- Memantau penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) oleh semua pekerja.
- Memastikan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, kit pertolongan cemas, dan papan tanda keselamatan sentiasa dalam keadaan baik.
- Pelaporan & Dokumentasi
- Menyimpan rekod pemeriksaan keselamatan, laporan insiden, serta senarai kehadiran latihan.
- Menyediakan laporan bulanan keselamatan kepada pihak pengurusan.
Keperluan Jawatan:
- Kelayakan:
- Diploma/Ijazah dalam Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sijil SHO yang diiktiraf oleh NIOSH dan berdaftar dengan DOSH adalah satu kelebihan.
- Pengalaman:
- Sekurang-kurangnya 1–3 tahun pengalaman dalam pengurusan keselamatan di sektor industri atau kilang.
- Kemahiran:
- Mahir menyediakan dokumentasi dan laporan berkaitan keselamatan.
- Mampu berkomunikasi dengan baik di semua peringkat.
- Tegas tetapi diplomatik dalam memastikan pematuhan SOP.
- Sikap:
- Teliti, peka terhadap persekitaran.
- Proaktif dalam mencegah risiko.
Job Type: Contract
Contract length: 6 months
Pay: From RM2,500.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
Supplemental Pay:
- Overtime pay
Work Location: In person
Laporkan kerja