Objektif Jawatan:
Bertanggungjawab penuh terhadap proses pengambilan dan penamatan pekerja di syarikat, termasuk penapisan calon, penyediaan dokumentasi, pematuhan undang-undang buruh, dan pengurusan proses keluar masuk staf secara profesional dan teratur.
Skop Tugas
1. Pengambilan Pekerja (Recruitment)
- Merancang keperluan tenaga kerja bersama jabatan terlibat.
- Menyediakan iklan kekosongan jawatan dan menyebarkannya.
- Menapis calon, menyusun temuduga dan membuat penilaian.
- Menyediakan surat tawaran kerja dan kontrak staf.
- Menyelia sesi orientasi/induksi untuk pekerja baharu.
- Menyemak tempoh percubaan dan cadang pengesahan jawatan.
2. Penamatan Perkhidmatan (Termination)
- Menyediakan surat penamatan, notis berhenti, atau VSS.
- Melakukan siasatan dalaman jika berkait salah laku staf.
- Menjalankan sesi exit interview dan mengumpul maklum balas.
- Menyelia proses penyerahan barang & pengiraan gaji akhir.
- Memastikan penamatan mematuhi undang-undang buruh.
- Mengurus fail pekerja yang tamat perkhidmatan.
3. Dokumentasi & Pelaporan
- Menyimpan semua rekod berkaitan staf masuk dan keluar.
- Menyediakan laporan turnover bulanan dan tahunan.
- Menyemak dasar HR berkaitan pengambilan dan penamatan.
4. Pemantauan Pematuhan Undang-undang
- Memastikan semua proses HR mematuhi Akta Kerja 1955.
- Bertindak sebagai rujukan dalam isu legal pekerja.
Kelayakan & Kemahiran Diperlukan:
- Ijazah dalam bidang Sumber Manusia / Psikologi / Pengurusan.
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam pengambilan & penamatan pekerja.
- Berpengalaman dalam mengurus dan mengetuai bahagian Sumber Manusia
- Mahir undang-undang buruh Malaysia.
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang tinggi.
- Mahir dalam penulisan surat rasmi, kontrak dan dokumentasi bekaitan Sumber Manusia.
- Berintegriti, boleh dipercayai dan menjaga kerahsiaan syarikat.
Job Type: Full-time
Pay: RM3,500.00 - RM4,500.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Parental leave
- Professional development
Schedule:
- Day shift
- Monday to Friday
- On call
- Weekend jobs
Work Location: In person
Laporkan kerja