Deskripsi Tugas:
- Membantu dalam perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan seperti dalam negara.
- Menyokong operasi logistik termasuk pengurusan barang bantuan, inventori, penyediaan senarai penerima, pelabelan, dan dokumentasi pengagihan.
- Terlibat dalam penyediaan laporan misi merangkumi penulisan naratif, penyusunan gambar dan data, serta penghasilan laporan rasmi atau ringkasan misi.
- Mengumpul dan mengemaskini data penerima manfaat, rakan pelaksana dan maklumat lokasi sasaran projek.
- Membantu dalam penghasilan bahan komunikasi seperti pembentangan, infografik dan bahan penerbitan berkaitan misi.
- Bertindak sebagai sukarelawan bagi pelaksanaan program lapangan, aktiviti komuniti dan penganjuran majlis/event organisasi.
- Berkeupayaan memberi penerangan kepada orang awam, peserta, penaja atau tetamu berkaitan misi, objektif dan nilai syarikat.
- Mampu menjadi imam solat fardu (lelaki) dan menyampaikan tazkirah atau ceramah ringkas adalah satu kelebihan utama.
- Mampu bekerja di bawah tekanan dan bersedia menyertai tugasan lapangan sekiranya diperlukan.
- Menyokong tugas-tugas am operasi serta membantu unit berkaitan mengikut keperluan.
Kelayakan & Kemahiran Diperlukan:
- Sekurang-kurangnya pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam bidang berikut atau yang berkaitan:
- Pengurusan Islam / Fiqh / Usuluddin / Pengajian Al-Quran
- Sunnah & Pengajian Hadis / Dakwah & Komunikasi
- Pengurusan Logistik / Pengurusan Bencana
- Komunikasi, Penulisan Profesional, Sains Politik atau setaraf
- Kemahiran asas dalam penyediaan laporan, komunikasi bertulis dan penggunaan Microsoft Office.
- Mempunyai kemahiran menggunakan Canva untuk reka bentuk asas seperti poster, infografik, dan visual misi.
- Komited, berdisiplin, mampu bekerja dalam pasukan dan bersedia turun padang jika diperlukan.
- Personaliti positif, sopan, dan mampu membawa imej organisasi secara baik dan profesional.
Manfaat yang Ditawarkan:
- Pendedahan terus kepada dunia kerja kemanusiaan sebenar (pengurusan, operasi, lapangan & sukarelawan).
- Bimbingan dari pasukan profesional dalam bidang kemanusiaan dan operasi lapangan.
- Peluang menyertai misi bantuan atau program komuniti (bergantung keperluan organisasi).
- Sijil penghargaan selepas tamat latihan.
- Peluang diserap ke jawatan tetap atau kontrak berdasarkan prestasi.
Makluman Tambahan:
Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan resume. Sebarang pengalaman sukarelawan, ceramah, atau kepimpinan dalam program Islamik adalah sangat dialu-alukan dan boleh dilampirkan sebagai portfolio atau bukti sokongan.
Job Type: Internship
Pay: RM250.00 - RM500.00 per month
Work Location: In person
Expected Start Date: 08/15/2025
Laporkan kerja