Pegawai/ Penolong Pegawai Komersial (Wilayah Timur)
Pegawai ini bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja pengurusan dan pelaksanaan berkaitan penyewaan hartanah RAC di Wilayah/ Zon Timur. Tugas merangkumi urusan permohonan penyewaan, pembaharuan, pemantauan tapak, kutipan hasil, dan membantu dalam hal-hal pentadbiran berkaitan pajakan. Pegawai juga berperanan sebagai wakil sokongan RAC dalam urusan bersama pihak luar di peringkat wilayah.
Tanggungjawab Utama: Urusan Berkaitan Penyewaan
- Membantu pelanggan yang datang ke pejabat atau menghubungi melalui telefon/ emel berkaitan pertanyaan sewaan seperti lokasi, proses permohonan, syarat pajakan, dan kekosongan kiosk.
- Menyokong penyelarasan lawatan tapak dengan penyewa atau pemohon baharu, termasuk menyertai sesi lawatan dan mencatat butiran penting.
- Membantu siasatan awal terhadap aduan atau isu berkaitan penyewa atau aktiviti komersial pihak ketiga.
- Mengumpul dan menyediakan maklumat untuk dilaporkan kepada Ibu Pejabat melalui emel, laporan ringkas atau mesej.
- Membantu menyediakan dokumen untuk mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan dan Pemajakan (JKPP).
- Menyokong aktiviti pemantauan tapak untuk memastikan pematuhan syarat pajakan oleh penyewa.
- Mengiringi atau membantu dalam lawatan tapak bersama pihak berkepentingan seperti KTMB, Fiberail dan lain-lain.
- Menyampaikan dokumen berkaitan pajakan kepada penyewa aktif mengikut arahan Pegawai Komersial.
Kutipan Hasil & Tunggakan Sewa
- Membantu mengurus kutipan bayaran sewa oleh penyewa yang hadir ke kaunter PUWS.
- Membuat panggilan peringatan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran.
- Membantu pelanggan dalam proses pendaftaran dan penggunaan sistem RAILS untuk penyewaan, termasuk membuat lawatan tapak jika diarahkan.
Pemantauan Operasi Parking
- Membantu memantau kebersihan dan operasi di kawasan parking yang dikendalikan oleh operator dilantik.
Sokongan dan Wakil Wilayah
- Menghadiri mesyuarat atau lawatan tapak bersama pemimpin komuniti/ pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mewakili RAC di peringkat pelaksanaan.
- Menyokong kerjasama dengan PUW lain atau HQ berkaitan sempadan tanah dan zon keselamatan bagi tujuan pajakan.
Kelayakan:
- Minimum Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, Perdagangan, Hartanah, atau bidang berkaitan.
- Kelebihan jika mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan atau pentadbiran pejabat.
- Kemahiran Komunikasi: Mampu berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis.
- Kemahiran Organisasi: Mampu mengurus tugasan harian dan kemas kini rekod dengan baik.
- Kemahiran Asas Komputer: Biasa menggunakan emel, Microsoft Office dan aplikasi asas.
- Mempunyai personaliti mesra, boleh bekerjasama dalam pasukan, dan berinisiatif.
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan bersedia untuk membuat perjalanan kerja dalam Wilayah/ Zon Timur.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,616.95 - RM2,600.00 per month
Benefits:
- Dental insurance
- Health insurance
- Maternity leave
- Parental leave
- Professional development
- Vision insurance
Supplemental Pay:
- Performance bonus
Application Question(s):
- What's your expected monthly basic salary?
- How much notice are you required to give your current employer?
Education:
- Diploma/Advanced Diploma (Preferred)
Work Location: In person
Laporkan kerja