Sebagai HOD Jabatan Jualan, anda ertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau strategi jualan dan pemasaran syarikat bagi mencapai sasaran pendapatan dan pertumbuhan pasaran. Memimpin pasukan jualan dan pemasaran, membina jenama syarikat, serta mengurus hubungan pelanggan dan pelaksanaan kempen pemasaran. HOD juga memastikan prestasi jabatan selaras dengan objektif syarikat dan memberikan laporan berkala kepada pengurusan atasan.
Deskripsi Tugas:
1. Perancangan Strategik
- Merangka dan melaksanakan strategi jualan & pemasaran jangka pendek dan panjang.
- Menetapkan sasaran jualan tahunan, suku tahun dan bulanan.
2. Pengurusan Pasukan
- Menyelia, membimbing dan memotivasikan pasukan jualan dan pemasaran.
- Membuat penilaian prestasi (KPI) dan cadangan pembangunan staf.
3. Pengurusan Jualan
- Memantau dan menganalisis prestasi jualan secara berkala.
- Membangunkan hubungan pelanggan utama (key account management).
- Menyelia aktiviti CRM dan penutupan jualan (sales closing).
4. Pemasaran & Penjenamaan
- Merancang kempen pemasaran digital dan tradisional.
- Memastikan jenama syarikat kekal konsisten dan berkesan di semua platform.
- Menilai keberkesanan kempen pemasaran (ROI marketing).
5. Kajian Pasaran & Pembangunan Produk
- Mengenal pasti trend pasaran, pesaing dan peluang perniagaan baru.
- Bekerjasama dengan jabatan produk/R&D untuk pelancaran produk baharu.
6. Pelaporan & Belanjawan
- Menyediakan laporan prestasi jualan & pemasaran untuk pengurusan atasan.
- Menyediakan dan mengurus bajet jabatan.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
- Professional development
Supplemental Pay:
- Commission pay
- Performance bonus
Laporkan kerja