SMP Car Rental ialah sebuah syarikat sewaan kereta yang berpusat di Johor Bahru, menyediakan pelbagai pilihan kenderaan termasuk kereta, MPV, van, dan perkhidmatan pemandu bagi memenuhi keperluan pelanggan individu, keluarga mahupun korporat.
Sejak penubuhannya, SMP Car Rental telah berkembang pesat dan kini menjadi pilihan utama pelanggan dari Malaysia, Singapura, dan antarabangsa. Kami percaya bahawa kepuasan pelanggan adalah keutamaan dan komitmen kakitangan yang sentiasa memberikan yang terbaik.
Tanggungjawab Utama
- Mengurus dan menyelaras tempahan kereta sewa melalui WhatsApp, panggilan telefon,media sosial dan walk-in.
- Menyusun jadual tempahan sewaan kereta.
- Mengurus pengambilan & penghantaran kenderaan.
- Mengurus servis berkala kenderaan di panel.
- Menyediakan invois, resit, perjanjian sewa dan dokumen berkaitan.
- Memastikan rekod data pelanggan & transaksi disimpan dengan kemas.
- Menjawab pertanyaan pelanggan dengan mesra dan profesional.
- Menyokong pengurusan pemasaran seperti mengemas kini posting media sosial.
- Mengikut arahan majikan dan membantu tugasan lain apabila diperlukan.
- Mesti boleh memandu dan mempunyai lesen memandu yang sah
Syarat Kelayakan
- Minimum kelulusan SPM/DIPLOMA/DEGREE
- Pengalaman dalam jualan adalah satu kelebihan
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Bersikap positif,rajin,bertanggungjawab, tepati masa dan mudah belajar perkara baharu.
- Boleh multi-tasking, berdisiplin.
- Boleh bekerja 6 hari seminggu
- Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh mulakan kerja segera.
Kelebihan & Faedah
- Latihan diberikan
- Suasana kerja yang mesra dan santai
- Diskaun kakitangan untuk sewaan kereta & cuci kereta
- Cuti bersalin
- Peluang kenaikan pangkat & bonus prestasi
- Program pembangunan kemahiran diri
- Elaun Tetap
- Bonus Prestasi (jika capai KPI)
- Kenaikan Gaji Tahunan ikut prestasi
Cara Memohon
Hantar resume anda melalui WhatsApp atau e-mel:
WhatsApp: 010-883 3652
Emel: [email protected]
Atau klik butang “Apply Now” di Indeed.
Hanya calon yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga.
Job Types: Full-time, Internship, Fresh graduate
Pay: RM1,800.00 - RM2,500.00 per month
License/Certification:
- car license (Required)
Willingness to travel:
- 75% (Required)
Work Location: In person