Lokasi: Menara Hap Seng, Kuala Lumpur
Gaji Pokok: RM3,500 – RM4,500 (bergantung kepada pengalaman)
Jawatan: Warranty Executive
Jabatan: After Sales
Kelayakan Minimum: Diploma atau Sijil dalam bidang berkaitan
Pengalaman Diperlukan: Sekurang-kurangnya 2 tahun dalam industri automotif atau trak
Bahasa: Fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris (bertulis dan lisan)
Keperluan Kemahiran: Pengetahuan kukuh dalam bidang automotif, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kerjasama dalam pasukan
Laporan kepada: Technical & Warranty Manager
Tanggungjawab Utama:
- Uruskan semua tuntutan alat ganti rosak yang berada di bawah polisi waranti syarikat.
- Ambil gambar dan video berkaitan isu waranti sebagai bukti dan simpanan untuk permohonan.
- Lakukan permohonan tuntutan waranti melalui sistem yang ditetapkan syarikat.
- Pastikan semua tuntutan waranti mematuhi garis panduan dan polisi yang ditetapkan.
- Sediakan dokumentasi lengkap untuk semua proses tuntutan waranti.
- Jawab pertanyaan dari HQ & pelanggan melalui emel dengan profesional.
- Semak dan padankan bayaran tuntutan waranti dengan dokumen akaun yang berkaitan.
- Beri bantuan semasa audit atau pertanyaan berkaitan tuntutan waranti.
- Urus tuntutan yang ditolak – sama ada buat semula atau dapatkan kelulusan untuk batalkan.
- Pantau bayaran tuntutan yang masih belum diterima dan buat follow-up.
- Tag dan rekod alat ganti yang ditukar, termasuk nombor aduan dan tarikh gantian.
- Pastikan alat ganti rosak yang telah diganti disimpan dengan selamat & dilupuskan mengikut prosedur.
- Sokong proses pemeriksaan akhir bagi kenderaan yang terlibat dengan kes waranti.
- Sentiasa patuh kepada polisi dan garis panduan syarikat dalam semua tugasan.
- Laksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia, jika perlu.
Kelayakan Minimum➤ Diploma atau Sijil dalam bidang berkaitan, contoh:
Diploma/Sijil Automotif
Diploma/Sijil Kejuruteraan Mekanikal
Diploma/Sijil Teknologi Kenderaan
Diploma/Sijil Kejuruteraan Elektrikal (jika ada pengalaman dalam automotif)
Diploma/Sijil Teknologi Penyelenggaraan atau setaraf
Calon yang ada pengalaman kerja dalam waranti, teknikal, atau after-sales automotif juga sangat digalakkan untuk mohon walaupun dari bidang lain — asalkan faham tentang komponen dan sistem kenderaan.
Job Type: Full-time
Pay: RM3,500.00 - RM4,500.00 per month
Work Location: In person