JAWATAN KOSONG: ADMIN OPERASI & PEMBANTU TASKA/TADIKA
Lokasi: Permatang Pauh, Pulau Pinang
Kami sedang mencari individu yang multitasking, berdedikasi dan proaktif untuk menyertai pasukan kami sebagai Admin Operasi & Pembantu TASKA/TADIKA.
1. Hari & Waktu Bekerja
- Hari bekerja: Isnin hingga Jumaat
- Sabtu: Separuh hari secara bergilir
- Cuti umum: Tidak bekerja
- Waktu bekerja: 8.00 pagi – 6.00 petang
- Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang
- Tempat tinggal: Disediakan bagi calon luar kawasan (tertakluk pada kekosongan dan syarat pengurusan)
2. Kelayakan & Syarat
- Mahir Microsoft Word, Excel dan perisian asas pejabat (untuk dokumentasi dan laporan)
- Mempunyai laptop sendiri untuk tugasan pejabat
- Mampu menjaga kerahsiaan maklumat pelajar dan waris
- Mesra, sabar dan profesional dalam membalas mesej/pertanyaan ibu bapa
- Mempunyai lesen memandu yang sah dan boleh memandu setiap hari untuk tugasan luar
- Mahir menggunakan media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) bagi tujuan kemas kini aktiviti harian
- Rajin mengemas kini status kerja harian
- Mampu mencari maklumat melalui internet apabila diperlukan
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu
- Boleh bekerja dengan pengawasan minimum, cepat faham arahan, berdikari dan sedia belajar
Kelebihan:
- Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Kursus Asuhan Permata (KAP)
- Pengalaman mengurus bayi dan kanak-kanak
- Bertanggungjawab, rajin dan boleh bekerja dalam pasukan
3. Skop Tugas
Tugasan Pejabat
- Dokumentasi, laporan, pengurusan fail
- Komunikasi rasmi melalui WhatsApp, e-mel dan media sosial
Tugasan Komunikasi
- Penghubung antara TASKA/TADIKA dan waris
- Menjawab pertanyaan berkaitan yuran, polisi dan hal pelajar
- Merekod dan menyampaikan aduan atau cadangan kepada pengurusan
- Menyediakan dan menghantar notis serta mesej rasmi kepada waris
- Membantu pendaftaran pelajar baharu
Tugasan Luar
- Menghantar makanan dan membeli keperluan harian
- Menjalankan urusan luar berkaitan operasi TASKA/TADIKA
Bantuan di Kelas
- Menyusun dan mengemas bahan aktiviti
- Membantu guru mengurus pelajar dan melaksanakan aktiviti
- Menyediakan RPA/RPH (latihan disediakan jika tiada pengalaman)
- Mengisi log harian dan rekod perkembangan pelajar
- Menjaga kebersihan dan keselamatan kanak-kanak
Nota: Tempoh percubaan akan diberikan untuk menilai kesesuaian calon.
4. Keutamaan & Kemudahan Tambahan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh hadir bekerja secara konsisten dan fleksibel tanpa kekangan tanggungjawab luar
- Tempat tinggal disediakan kepada calon dari luar kawasan, tertakluk kepada kekosongan dan syarat pengurusan
5. Cara Memohon
Sekiranya berminat:
- Sila hantar resume anda
- Hadir ke sesi temuduga yang akan dimaklumkan kemudian
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi melalui WhatsApp sahaja:
011-2401 4528 (Teacher Dillah)
Kami mencari mereka yang bukan sekadar bekerja, tetapi yang ingin berkembang dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Job Types: Full-time, Permanent, Contract, Fresh graduate
Pay: RM1,500.00 - RM1,700.00 per month
Schedule:
- Monday to Friday
Application Question(s):
- Adakah anda mahir menggunakan microsoft words, excel, web dan sebagainya yang berkaitan?
- Adakah anda mempunyai pengalaman menguruskan kanak-kanak berusia 2 bulan ke atas?
- Adakah anda sudah berkahwin?
- Adakah anda mempunya anak?
- Anda boleh menggunakan computer atau laptop?
- Anda boleh memandu motor atau kereta?
Work Location: In person
Expected Start Date: 08/25/2025