Ringkasan Kerja:
- Merekod dan memeriksa BTS (Buah Tandan Segar) yang dituai di ladang serta merekod BTS yang dihantar ke Kilang Minyak Sawit.
- Menggantikan tugas sebagai pekerja am apabila tiada kerja menuai dijalankan di ladang.
Kerja skop:
- Memeriksa, mengira dan merekodkan hasil tuaian BTS di ladang serta mengeluarkan chit BTS bagi setiap BTS yang direkodkan.
- Memastikan rekod harian penghantaran dan tuaian BTS adalah selaras setiap hari.
- Menggantikan tugas sebagai pekerja am sekiranya tiada kerja-kerja menuai dijalankan atau tiada BTS untuk diperiksa dan direkodkan. Kerja-kerja am termasuk memuatkan BTS ke dalam lori pengangkutan di ramp ladang, kerja-kerja pembaikan kecil kemudahan ladang, penyelenggaraan kerja di ladang – penyemburan, pembajaan, memuat/turun bahan di stor dan sebagainya.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan.
Pendidikan & Kelayakan
- SPM atau kelayakan yang lebih tinggi.
Pengalaman Berkaitan & Tempoh Perkhidmatan
- Mempunyai pengalaman bekerja di ladang adalah satu kelebihan.
Kemahiran Teknikal & Pengetahuan Profesional
- Tidak memerlukan kemahiran teknikal atau pengetahuan profesional.
Kompetensi
- Mesti boleh menulis, membaca, membuat pengiraan matematik asas dan menyusun rekod data asas.
- Mesti boleh bekerja dalam keadaan cuaca buruk kerana kerja memerlukan berada di bawah hujan dan panas terik.
- Mesti mahir menunggang motosikal kerana jalan ladang adalah jalan tanah dan menjadi licin apabila hujan.
Job Type: Contract
Contract length: 12 months
Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month
Work Location: In person
Application Deadline: 08/18/2025
Expected Start Date: 08/18/2025