1. Penjagaan Pesakit di Wad:
- Memastikan kebersihan sangkar dan kawasan wad setiap hari
- Memberi makan dan minum mengikut diet yang ditetapkan oleh veterinar
- Memberi ubat dan rawatan mengikut arahan Doktor Haiwan
- Menjaga haiwan yang sakit dengan rapi dan mengikut kesesuaian arahan Doktor Veterinar
2. Pemantauan Kesihatan:
- Memantau tanda-tanda klinikal pesakit seperti suhu badan, selera makan, dan tingkah laku
- Melaporkan sebarang perubahan atau keadaan luar biasa kepada veterinar dengan segera
- Menyediakan laporan harian status pesakit kepada Doktor bertugas
3. Pengendalian dan Rekod Pesakit:
- Membantu dalam proses kemasukan dan pelepasan pesakit (admission/discharge)
- Mengemaskini rekod pesakit di sistem termasuk rawatan, ubat dan pemerhatian harian
- Membantu dalam prosedur asas seperti pengambilan darah, memasang drip, atau membersihkan luka jika diarahkan
4. Kebersihan dan Pengurus Peralatan:
- Menjaga kebersihan alat dan peralatan perubatan selepas digunakan
- Mengurus stok ubat, peralatan perubatan, dan memastikan ketersediaan barangan wad
- Membantu proses sanitasi dan pembasmian kuman mengikut SOP klinik
5. Sokongan kepada Veterinar dan Pasukan Klinik:
- Memberi bantuan kepada Doktor Haiwan semasa rawatan atau prosedur yang melibatkan pesakit wad
- Berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan tentang perkembangan pesakit jika diarahkan
- Menyokong pasukan dalam pengurusan pesakit kecemasan atau kes khas
- Membantu Doktor Veterinar dalam melakukan prosedur pembedahan sekiranya tiada pembantu Doktor Haiwan
Kelayakan / Kemahiran:
- Pengalaman bekerja di Klinik Veterinar adalah satu kelebihan
- Penyayang, teliti, penyabar terhadap haiwan dan mampu bekerja dalam tekanan
- Mampu bekerja syif dan hujung minggu (mengikut jadual)
- Boleh bekerja dalam pasukan dan mematuhi SOP klinik
Keperluan Pendidikan, Pengalaman dan Pelesenan:
- Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar: sijil veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan setaraf dengannya; Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); Biologi atau Sains atau kelayakan yang berkaitan.
Job Type: Permanent
Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Meal provided
- Professional development
Schedule:
- Rotational shift
Supplemental Pay:
- Overtime pay
Work Location: In person
Laporkan kerja