Jawatan: Penjaga Kaunter (Cashier)
Lokasi: AEON Mall Bandaraya Melaka
Jabatan: Operasi / Makanan & Minuman (F&B)
Lapor Kepada: Penyelia Syif / Pengurus Outlet
Deskripsi Pekerjaan:
Penjaga kaunter bertanggungjawab menjalankan transaksi jual beli dengan tepat dan mesra kepada pelanggan di medan selera AEON. Selain itu, anda juga perlu memastikan kawasan kaunter sentiasa bersih dan mematuhi standard perkhidmatan pelanggan yang ditetapkan oleh AEON.
Tanggungjawab Utama:
- Mengendalikan transaksi pembayaran secara tunai, kad debit/kredit, atau e-dompet dengan tepat.
- Menyambut pelanggan dengan sopan dan ramah.
- Memberi maklumat mengenai menu dan promosi semasa kepada pelanggan.
- Menggunakan mesin Point of Sale (POS) dan mencetak resit pembayaran.
- Memastikan kawasan kaunter sentiasa bersih dan kemas.
- Menyemak dan mengira wang tunai di dalam laci kaunter mengikut laporan jualan harian.
- Melaporkan sebarang isu teknikal atau kesilapan transaksi kepada penyelia.
- Bekerjasama dengan staf dapur dan pelayan untuk kelancaran operasi harian.
- Menjaga penampilan diri yang kemas dan mematuhi etika pemakaian seragam AEON.
- Mematuhi SOP keselamatan makanan dan standard layanan pelanggan.
Kelayakan:
- Minimum SPM atau setaraf.
- Pengalaman sebagai kasir di restoran atau medan selera adalah satu kelebihan.
- Mampu mengendalikan mesin POS dengan baik.
- Teliti, jujur, dan bertanggungjawab.
- Mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Bersedia bekerja secara syif, termasuk hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran tambahan seperti yang termaktub di akta undang undang Buruh.
Waktu Bekerja:
Sistem syif (pagi / petang / malam)
Job Type: Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM4,000.00 per month
Language:
- Mandarin (Preferred)
- Bahasa (Preferred)
Work Location: In person
Laporkan kerja