Tentang Kami:
Ana Muslim Sdn Bhd ialah peneraju utama dalam penerbitan bahan bacaan kanak-kanak berteraskan Islam, dengan komitmen untuk memperkasa generasi muda Muslim melalui kandungan pendidikan berkualiti tinggi yang menggabungkan elemen keimanan, ilmu pengetahuan, dan kreativiti. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, Ana Muslim telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai oleh ibu bapa dan kanak-kanak di seluruh Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
Kami ingin mengukuhkan kedudukan kami dalam dunia penerbitan buku kanak-kanak melalui inovasi digital, penerbitan bermutu tinggi yang mengikuti trend semasa, dan pembangunan jaringan pemasaran yang berterusan demi mencapai visi menjadi penerbit buku kanak-kanak Islami nombor satu di peringkat dunia.
Jawatan Ditawarkan:
- Penulis Akademik – Bahasa Melayu
- Penulis Akademik – Bahasa Inggeris
- Penulis Akademik – Pendidikan Agama Islam
- Penulis Akademik – Sains
- Penulis Akademik – Matematik
Deskripsi Tugas:
Sebagai penulis akademik sepenuh masa, anda akan bertanggungjawab menghasilkan kandungan pendidikan berkualiti tinggi bagi subjek yang ditetapkan, yang sesuai dengan silibus sekolah rendah terkini. Anda juga akan menyumbang dalam proses penulisan, penyuntingan dan semakan akhir bahan akademik yang diterbitkan oleh syarikat.
Tanggungjawab Utama:
- Menulis soalan latihan, modul dan bahan rujukan akademik mengikut subjek.
- Menyunting dan menyemak (proofreading) bahan kandungan akademik.
- Memastikan bahan yang dihasilkan bebas daripada kesalahan bahasa, fakta atau format.
- Merancang dan membangunkan struktur modul yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
- Bekerjasama dengan pasukan editorial untuk menghasilkan bahan berkualiti tinggi yang mematuhi silibus dan piawaian yang ditetapkan.
Kelayakan:
- Bahasa Inggeris: Ijazah dalam TESL, Pendidikan Bahasa Inggeris, Penulisan Kreatif atau setara.
- Pendidikan Agama Islam: Ijazah dalam Pengajian Islam, Pendidikan Agama Islam atau setara.
- Sains: Ijazah dalam Pendidikan Sains, Biologi, Fizik, Kimia atau setara.
- Matematik: Ijazah dalam Pendidikan Matematik, Matematik, Statistik atau setara.
- Kemahiran menulis yang baik dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris.
- Teliti, teratur, dan berminat dalam penghasilan bahan pendidikan.
- Pengetahuan tentang silibus KSSR (sekolah rendah) adalah satu kelebihan.
Faedah:
- Gaji bulanan yang kompetitif berdasarkan pengalaman dan kelayakan.
- Peluang untuk membina kerjaya dalam industri penerbitan pendidikan.
- Persekitaran kerja yang kreatif dan dinamik.
- Peluang untuk terlibat dalam pelbagai projek penerbitan yang menarik.
- Cuti tahunan, caruman KWSP & PERKESO, dan manfaat lain syarikat.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month
Application Question(s):
- Antara subjek(BM, BI, Matematik, Sains, Pendidikan Islam), yang manakah menjadi kekuatan utama anda untuk jawatan Penulis Akademik?
Work Location: In person