Tugas Kerja:
1) Membersihkan kawasan kolam renang termasuk lantai, dinding kolam, dan persekitaran sekeliling kolam (Vakum/Tangguk)
2) Memeriksa dan memastikan tahap kebersihan serta kualiti air kolam, termasuk pengukuran pH dan tahap klorin mengikut piawaian keselamatan (Tunjuk ajar akan diberikan)
3) Menambah bahan kimia seperti klorin, soda ash atau bahan rawatan air lain mengikut arahan atau jadual penyelenggaraan.
4) Membantu kerja-kerja penyelenggaraan sistem pam, penapis dan peralatan kolam.
5) Melapor sebarang kerosakan berkaitan kolam kepada penyelia dan pengurusan.
6) Mematuhi SOP keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atau pihak berkuasa kesihatan.
Kelayakan:
1) SPM atau setara.
2) Boleh belajar dan menerima arahan dengan baik.
3) Memiliki lesen kenderaan kelas D.
Job Details