Skop Kerja: Operator Dobi
Kami sedang mencari seorang Operator Dobi yang bertanggungjawab, rajin dan teliti untuk menyertai pasukan kami. Operator Dobi bertanggungjawab mengendalikan operasi harian dobi, memastikan semua pakaian atau kain dibersihkan, dikeringkan, digosok, dilipat dan disimpan mengikut standard yang ditetapkan.
Tanggungjawab Utama:
- Mengendalikan mesin basuh, pengering, dan mesin penggosok dengan selamat dan cekap
- Menyusun, membasuh, mengeringkan, menggosok dan melipat pelbagai jenis pakaian atau kain (linen hotel dan hospital)
- Memeriksa setiap linen untuk kesan kotoran, kerosakan atau kehausan sebelum dan selepas dicuci
- Mengendalikan cucian khas (contoh: rawatan noda)
- Melipat dan membungkus cucian yang telah siap dengan kemas serta melabel
- Menjaga kebersihan dan kekemasan kawasan dobi
- Melaporkan sebarang kerosakan atau keperluan penyelenggaraan mesin
- Mematuhi semua garis panduan keselamatan, kebersihan dan prosedur syarikat
Syarat-syarat:
- Tiada kelayakan akademik diperlukan; latihan akan diberikan
- Boleh mengendali linen yang mempunyai kotoran berat seperti darah dan seumpamanya (linen hospital)
- Pengetahuan asas tentang kerja dobi adalah satu kelebihan
- Sihat tubuh badan dan boleh berdiri untuk tempoh yang lama
- Seorang yang teliti, menepati masa dan boleh bekerja secara berdikari atau dalam pasukan
Job Type: Permanent
Pay: RM1,700.00 per month
Schedule:
- Rotational shift
Supplemental Pay:
- Overtime pay
Application Question(s):
- Boleh mengendali linen yang mempunyai kotoran berat seperti darah dan seumpamanya (linen hospital) ?
Work Location: In person
Laporkan kerja