Lokasi: Buana Kita Glamping & Event, Rembau, Negeri Sembilan
Deskripsi Kerja:
Kami sedang mencari individu yang rajin, berdedikasi, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai Kru Buana. Anda akan membantu memastikan kawasan glamping sentiasa bersih, teratur, dan bersedia menerima tetamu dengan pengalaman terbaik.
Tanggungjawab utama:
- Membersihkan kawasan persekitaran secara berkala.
- Menjaga dan menyelenggara peralatan serta fasiliti.
- Menyiram dan menjaga tanaman hiasan.
- Membantu persiapan lokasi bagi sebarang majlis atau acara.
- Membuat baik pulih kecil pada peralatan atau kemudahan yang rosak.
- Membantu mengurus proses check-in dan check-out tetamu.
- Melaporkan kerosakan kepada penyelia.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.
Kelayakan:
- Lelaki, berumur 18 – 30 tahun.
- Minimum kelulusan SPM.
- Rajin, boleh bekerja dalam pasukan dan berdikari.
- Mempunyai disiplin serta sikap positif.
Faedah:
- Gaji RM1700 sebulan.
- Caruman EPF & SOCSO.
Cara Memohon:
Sila mohon melalui Indeed. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp.
Tarikh Tutup Permohonan:
31 Ogos 2025
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
- Free parking
Work Location: In person
Laporkan kerja