Ringkasan Tugas:
Eksekutif Pemasaran dan Jualan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan strategi pemasaran serta aktiviti jualan bagi meningkatkan jualan produk/perkhidmatan syarikat. Individu ini akan bekerjasama rapat dengan pelanggan dan pasukan dalaman bagi mencapai sasaran jualan.
Tanggungjawab Utama:
1. Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran secara online dan offline.
2. Mengurus saluran media sosial, laman web dan bahan promosi seperti video dan gambar.
3. Menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.
4. Menyediakan cadangan jualan, sebut harga dan membentangkan produk kepada pelanggan.
5. Menjalankan kajian pasaran dan mengenal pasti peluang perniagaan baharu.
6. Mencapai dan melebihi sasaran jualan bulanan/berkala yang ditetapkan syarikat.
7. Menyediakan laporan jualan dan kemajuan pemasaran secara berkala.
Kelayakan:
Ijazah/Diploma dalam Pemasaran, Perniagaan, Komunikasi atau bidang berkaitan.
Sekurang-kurangnya 1–3 tahun pengalaman dalam pemasaran atau jualan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Proaktif, kreatif dan mampu bekerja secara berdikari.
Mahir menggunakan media sosial, Microsoft Office dan alat pemasaran digital adalah satu kelebihan.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM1,900.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Schedule:
- Day shift
- Fixed shift
Work Location: In person