JAWATAN KOSONG: GURU TASKA
Kami mencari individu yang penyayang, berdedikasi, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai Guru Taska. Jika anda bersemangat untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam persekitaran yang positif dan selamat, kami ingin berkenalan dengan anda!
1. Hari & Waktu Bekerja
- 5 hingga 6 hari seminggu
- Hujung minggu: Bekerja separuh hari mengikut jadual bergilir
- Cuti umum: Tidak bekerja (cuti bergantung kepada cawangan)
Nota: Untuk cawangan yang beroperasi di Hospital, sistem rotasi syif petang, syif malam, hujung minggu, dan cuti umum akan dilaksanakan. (Bayaran OT untuk syif dan cuti umum disediakan)
2. Kelayakan & Syarat
Keperluan:
- Pemeriksaan kesihatan asas
- Suntikan typhoid
- Kursus pengendalian makanan
- Kursus CPR/pertolongan cemas asas
Kelebihan:
- Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Kursus Asuhan Permata (KAP)
- Pengalaman dalam mengurus bayi dan kanak-kanak
Kualiti yang dicari:
- Mampu bekerja secara berdikari dan dalam kumpulan
- Bertanggungjawab, rajin, dan boleh berkomunikasi dengan baik
- Sedia bekerjasama dengan rakan sekerja dalam pasukan
3. Skop Kerja
- Menjaga dan menguruskan bayi dan kanak-kanak bersama guru lain
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran
- Menyusun semula bahan aktiviti selepas digunakan
- Menyediakan dan mengisi:
- Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Aktiviti (RPA)
- Log harian dan rekod perkembangan kanak-kanak
- Menjaga kebersihan dan keselamatan kanak-kanak
4. Lokasi Cawangan
- Permatang Pauh
- Seberang Jaya
- Jawi
- Georgetown
- Kulim
- Baling
Tempat tinggal disediakan untuk cawangan tertentu bagi calon yang tinggal jauh.
Nota: Peluang untuk dipindahkan ke cawangan lain di sekitar Pulau Pinang dan Kedah bergantung kepada keperluan operasi.
5. Cara Memohon
Jika berminat, sila hantar resume dan hadir ke sesi temuduga yang akan dimaklumkan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui WhatsApp:
- 011-2401 4528 (Teacher Dillah)
- 011-1143 9342 (Teacher Intan)
Sertai kami untuk membina masa depan ceria bagi kanak-kanak dalam persekitaran yang penuh kasih sayang dan keselamatan.
Job Types: Full-time, Part-time, Permanent, Contract
Pay: RM1,500.00 - RM1,900.00 per month
Benefits:
- Additional leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Application Question(s):
- Adakah anda sudah berkahwin? Jika ya adakah anda sudah mempunyai anak?
- Adakah anda mempunyai lesen kenderaan? Jika ya nyatakan lesen kenderaan anda.
- Bilakah anda boleh mula bekerja?
- Adakah anda mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak/bayi? Jika yaa sila nyatakan tempoh pengalaman dan umur kanak-kanak yg anda pernah jaga.
- Adakah anda menpunyai pengalaman mengendalikan kanak-kanak istimewa? (ADHD, autism, speech delay/ down syndrome)
Work Location: In person