1. Pengurusan Operasi Harian
- Mengawasi dan memastikan kelancaran operasi harian taska.
- Menyediakan jadual tugas harian untuk pengasuh dan kakitangan taska.
- Memastikan semua aktiviti di taska berjalan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
2. Pemantauan dan Penjagaan Kanak-Kanak:
- Mengawasi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di taska.
- Memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan yang berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.
- Menyediakan program pembelajaran awal yang sesuai dengan umur dan keperluan perkembangan kanak-kanak.
3. Pengurusan Kakitangan:
- Mengawasi prestasi kerja kakitangan taska, termasuk pengasuh dan pekerja sokongan.
- Memberikan latihan dan bimbingan kepada kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penjagaan kanak-kanak.
- Mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan untuk membincangkan sebarang isu atau penambahbaikan yang perlu.
- Memantau RPA dan Daily report yang disediakan oleh guru taska setiap minggu.
4. Komunikasi dengan Ibu Bapa/Penjaga:
- Berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan, kesejahteraan, dan keperluan kanak-kanak.
- Menangani sebarang aduan atau kebimbangan yang disuarakan oleh ibu bapa atau penjaga.
- Menyediakan laporan perkembangan kanak-kanak secara berkala kepada ibu bapa.
- Memantau laporan perkembangan yang disediakan oleh guru taska
5. Pemantauan Keselamatan dan Kebersihan:
- Memastikan kebersihan dan keselamatan di kawasan taska sentiasa terjaga.
- Mengawasi penggunaan peralatan dan kemudahan di taska bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan.
- Memastikan semua peralatan dan mainan kanak-kanak berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan.
6. Perancangan dan Pelaksanaan Program:
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan perkembangan untuk kanak-kanak, termasuk aktiviti fizikal, kreatif, dan pendidikan.
- Menyusun program harian dan mingguan yang seimbang, merangkumi aspek pembelajaran, bermain, dan rehat.
7. Pengurusan Rekod dan Dokumentasi:
- Menyimpan dan mengemaskini rekod kanak-kanak termasuk maklumat peribadi, kehadiran, perkembangan, dan kesihatan.
- Menguruskan rekod kakitangan dan memastikan dokumentasi berkaitan peraturan dan garis panduan taska diselenggara dengan baik.
8. Pematuhan Undang-Undang dan Garis Panduan:
- Memastikan taska mematuhi semua undang-undang, peraturan, dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
- Memaklumkan kepada Admin tarikh tamat tempoh lesen dan kelulusan taska.
9. Penyelesaian Masalah:
- Menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di taska, sama ada berkaitan kanak-kanak, kakitangan, atau ibu bapa.
- Mengambil tindakan yang sesuai dalam situasi kecemasan atau apabila berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
10. Lain-lain Tugas:
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan tertinggi yang berkaitan dengan operasi dan pengurusan taska.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM8.72 - RM1,700.00 per hour
Expected hours: 4 – 40 per week
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
Ability to commute/relocate:
- Lunas: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Experience:
- assistant supervisor taska: 1 year (Required)
License/Certification:
- PERMATA CERTIFICATE (Required)
- EARLY CHILDHOOD EDUCATION CERTIFICATE (Required)
Work Location: In person
Expected Start Date: 09/08/2025