Jawatan: Pekerja Pembersihan Sepenuh Masa
Lokasi:Taman Perindustrian Putra
Waktu Bekerja: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang
Jenis Pekerjaan: Kontrak
Tanggungjawab Kerja
- Menyapu, mengemop dan mengosok lantai di pejabat, kilang dan/atau kawasan awam.
- Membersihkan habuk dan mengelap perabot, peralatan dan permukaan.
- Membersihkan cermin tingkap, panel kaca dan cermin dinding.
- Mengosongkan tong sampah dan melupuskan sisa mengikut prosedur syarikat.
- Membersihkan dan menyahkuman tandas termasuk mangkuk tandas, singki dan lantai.
- Mengisi semula bekalan kebersihan seperti tisu tandas, sabun dan tuala tangan.
- Menjaga kebersihan di kawasan pantri atau dapur; mencuci peralatan jika diperlukan.
- Memastikan kawasan pembuangan sampah sentiasa bersih dan teratur.
- Melaksanakan pembersihan menyeluruh seperti menggosok lantai, karpet dan lubang udara bila diperlukan.
- Membersihkan kawasan luar/kawasan umum seperti laluan pejalan kaki, tangga dan pintu masuk bangunan.
- Mengendalikan bahan kimia dan peralatan pembersihan dengan selamat mengikut SOP syarikat.
- Melaporkan kerosakan atau keperluan pembaikan kepada penyelia.
- Membantu menyediakan bilik mesyuarat atau acara syarikat.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penyelia atau pihak pengurusan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
- Berpengalaman dalam kerja pembersihan adalah satu kelebihan (latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman).
- Sihat tubuh badan untuk melaksanakan tugas pembersihan.
- Mampu bekerja secara berdikari dengan pengawasan minimum.
- Bertanggungjawab, menepati masa dan boleh dipercayai.
Faedah
- Caruman KWSP & PERKESO.
- Cuti tahunan & cuti sakit bergaji (mengikut Akta Kerja 1955).
- Uniform disediakan.
- Elaun kerja lebih masa (jika berkenaan).
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM1,800.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
- Parental leave
Work Location: In person