METEOR Academy adalah anak syarikat METEOR Sdn Bhd yang menawarkan kursus-kursus TVET. Kami sedang mencari Pegawai Penilai.
PEGAWAI PENILAI (PP)
PP melaksanakan peranan dan tanggungjawab bagi memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuatkuasa bersandarkan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
TUGAS & TANGGUNGJAWAB:
- Merangka prosedur latihan kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan bersama PPD;
- Membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard/NOSS;
- Menjelaskan kepada pelatih tentang objektif, keperluan latihan kemahiran dan proses penilaian merangkumi teori dan amali/prestasi program bertauliah berdasarkan NOSS terkini;
- Mendaftarkan pelatih melalui sistem yang ditetapkan bagi tujuan mengikuti program latihan;
- Melaksanakan proses latihan Kemahiran dan penilaian bagi pelaksanaan program latihan/bertauliah dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih secara berterusan;
- Membuat proses penilaian teori dan amali bagi pelaksanaan core abilities yang meragkumi komunikasi, sahsiah, disiplin, keyakinan diri, etika dan lain-lain;
- Memantau perkembangan prestasi dan membimbing pelatih pada setiap keterampilan;
- Membimbing pelatih dalam penyediaan rekod bukti keterampilan.
- Mengisi, melengkap dan mengesahkan Rekod Penilaian Kumulatif (RPK) pelatih sebaik sahaja penilaian diselesaikan berasaskan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
- Memastikan rekod penilaian pelatih dikemaskini dalam sistem sebaik sahaja selesai penilaian dilaksanakan;
- Mengurus persijilan pelatih yang telah menyelesaikan latihan kemahiran berdasarkan program bertauliah; dan
- Melaksanakan tindakan susulan hasil laporan PPL bagi tujuan penambahbaikandari semasa ke semasa.
SYARAT KELAYAKAN:
- Memiliki sijil VTO/TVET -I
- Memiliki sijil DKM dalam bidang yang berkenaan
- Memiliki sijil Induksi (PPD,PP.PPB)
- Sijil PERMATA (Bagi bidang Penyeliaan Pengasuhan & Pendidikan Perkembangan Awal Kanak-Kanak)
Job Type: Full-time
Pay: RM1,800.00 - RM3,900.00 per month
Benefits:
- Health insurance
- Meal allowance
- Professional development
Application Question(s):
- How much your expected salary?
- How long your notice period?
Work Location: In person