Live Host
RINGKASAN JAWATAN :
Live Host bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi siaran langsung (live streaming) di platform e-dagang atau media sosial bagi tujuan promosi produk, jualan, dan interaksi bersama penonton. Peranan ini memerlukan personaliti yang menarik, bertenaga, fasih bercakap, serta mampu mempengaruhi penonton untuk meningkatkan penglibatan dan jualan syarikat.
TANGGUNGJAWAB UTAMA :
1. Pengacaraan & Penyampaian
- Mengendalikan sesi live secara profesional, menarik, dan interaktif.
- Mempromosikan produk dengan cara yang meyakinkan dan berkesan.
- Berinteraksi dengan penonton melalui komen, soalan, dan maklum balas secara langsung.
2. Jualan & Promosi
- Menyampaikan maklumat produk dengan jelas (ciri-ciri, manfaat, promosi, harga).
- Menggunakan teknik soft-selling & hard-selling untuk menarik minat pembeli.
- Mendorong penonton untuk membuat pembelian sepanjang sesi live.
3. Persediaan Kandungan & Bahan
- Menyediakan skrip ringkas atau flow untuk siaran live.
- Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk memahami kempen & promosi terkini.
- Memastikan produk dan peralatan teknikal (lampu, kamera, audio) siap sebelum siaran.
4. Pemantauan & Laporan
- Memantau prestasi live (jumlah penonton, engagement, jualan).
- Memberi maklum balas kepada pasukan pemasaran tentang respons penonton & produk.
- Cadangkan idea untuk menambah baik sesi live akan datang.
---
KELAYAKAN & KEMAHIRAN :
1. Berpersonaliti menarik, yakin bercakap di hadapan kamera, dan mesra penonton.
2. Fasih berbahasa Melayu
3. Pengalaman dalam jualan, pengacaraan, atau pemasaran adalah satu kelebihan.
4. Kreatif, bersemangat tinggi, dan mampu bekerja dalam suasana pantas.
5. Pengetahuan asas mengenai platform e-dagang (TikTok Live, Shopee Live, FB Live, IG Live) digalakkan.
---
INDIKATOR PRESTASI (KPI) :
1. Peningkatan jumlah tontonan & engagement semasa live.
2. Pencapaian sasaran jualan semasa sesi live.
3. Konsistensi kehadiran & kualiti penyampaian.
4. Kepuasan penonton berdasarkan maklum balas & interaksi.
Job Types: Full-time, Part-time, Permanent, Contract, Temporary, Freelance, Internship, Fresh graduate, Student job
Pay: RM1,700.00 - RM2,300.00 per month
Work Location: In person