Lokasi:
Buana Kita Glamping & Event
Lot 65, Jalan Kampung Gaing, Pedas,
71400 Rembau, Negeri Sembilan
Deskripsi Kerja:
Kami sedang mencari Kru Syif Malam (Full-time / Part-time) yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan mampu bekerja secara berdikari untuk membantu operasi malam di Buana Kita Glamping.
Skop Kerja:
- Menguruskan rutin malam Buana Kita (kerja minimal & standby) apabila ada tetamu
- Memastikan kawasan sentiasa teratur & selamat pada waktu malam
- Membantu tetamu jika ada keperluan pada waktu malam
- Bersedia pada awal pagi untuk tugasan ringan sebelum operasi siang bermula
Kriteria Calon:
- Lelaki diutamakan kerana sebahagian tugasan melibatkan keperluan tenaga fizikal ringan
- Had umur: 18 hingga 30 tahun
- Mesra tetamu, proaktif, dan suka belajar
- Boleh bekerja secara berdikari, bertanggungjawab, dan fleksibel dengan jadual kerja
- Peka terhadap keadaan sekeliling dan mampu bertindak segera jika perlu
- Berani bertanya jika tidak pasti; komunikasi dengan semua pihak adalah kunci
- Kemahiran komunikasi yang baik dan mampu bekerja dalam pasukan
- Keupayaan menangani kerja fizikal ringan dan situasi luar jangka
Tempat tidur disediakan semasa bertugas syif malam
Waktu bekerja syif malam: 5 petang hingga 8.30 pagi esoknya.
Cara Memohon:
Sila mohon melalui Indeed. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp.
Tarikh Tutup Permohonan:
31 Ogos 2025
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 per month
Benefits:
- Flexible schedule
- Free parking
Work Location: In person