FGV Holdings Berhad is Malaysia’s leading global agri-business and the world’s largest producer of Crude Palm Oil (CPO). FGV’s operations stretch across more than 10 countries in Asia, the Middle East, North America and Europe, and are focused on three main business sectors namely Plantation Sector, Logistics & Support Business (LSB) Sector and Sugar Sector. FGV is the world’s third biggest oil palm plantation operator, has the world’s largest bulking and storage facilities for vegetable oil and is Malaysia’s top refined sugar producer.
In line with our business expansion, we would like to invite qualified and candidates to fill the following position at FGV R&D Sdn BhdJob Description
LATAR BELAKANG KERJA
Petugas bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan seperti yang telah dirancang bagi penyelidikan agronomi untuk Tanaman Strategik. Petugas berfungsi untuk melaksanakan operasi penyelenggaraan di lapangan iaitu kerja penanaman, pembajaan, merumput, kawalan perosak dan penyakit, penuaian untuk rekod hasil, penyediaan tanah, dan lain-lain bagi tujuan penilaian. Di samping itu, petugas menjalankan penubuhan petak kajian untuk tujuan penyelidikan seperti aplikasi baja dan bahan kimia, serta pengukuran tumbesaran tanaman bagi petak penilaian Tanaman Strategik.
TANGGUNGJAWAB KERJA
Membantu Research Conductor menjalankan aktiviti-aktiviti kerja penyelidikan (R&D) yang dirancang oleh Researcher di ladang.
Membantu Research Conductor untuk pengambilan data bersama Researcher.
Membantu Research Conductor untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan tanaman kelapa dan nanas di ladang.
Membantu Research Conductor untuk mewujudkan petak kajian penyelidikan di ladang
Melakukan kerja operasi untuk petak penyelidikan seperti menanam, membaja, merumput, kawalan perosak & penyakit, penuaian buah, penyediaan tanah dan sebagainya.
Boleh bekerja dalam kumpulan dan mendengar arahan dengan baik
Membantu menjalankan operasi penyelidikan seperti pembajaan, aplikasi bahan kimia, dan pengukuran tanaman di plot kajian di ladang.
KELAYAKAN & PENGALAMAN KERJA
Warganegara Malaysia.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf
Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Boleh membaca, menulis, mengira dan menggunakan komputer.
Mampu berkomunikasi dengan baik.
Memiliki lesen motosikal sekurang-kurangnya kelas B2.
Boleh bekerja dengan pengawasan minimum dan menghormati rakan setugas serta berdisiplin.
Sihat tubuh badan
Lokasi : Ladang FGV Tawai 03, 33300 Gerik, Perak